my birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

30 October 2011

FINAL PIALA MALAYSIA... :)

assalamualaikum to all bloggers!!!
hari ini aku nak update pasal Piala Malaysia.
wahhh..
semalam terjawab laa pasukan mana yang bakal memenangi Piala Malaysia.
tahniah pada team Negeri Sembilan.
dapat menjaringkan goal di saat-saat akhir.
ini lah dinamakan bola sepak.
hari ini aku review pasal game semalam ekk..

semalam game antara Negeri Sembilan vs Terengganu.
pada masa pertama tiada jaringan antara 2 pasukan.
permainan yang sangat hebat.
kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk menjaringkan goal.
semangat berpasukan tue ada untuk kedua-dua team.
pada masa kedua Terengganu mendahului dengan goal pertama.
goal yg cantik dari ASHAARI SHAMSUDDIN.
memang jarang laa pemain Malaysia dapat menjaringkan goal macam yg dia lakukan.
selepas Terengganu mendahului Negeri Sembilan dapat menyamakan kedudukan.
goal dari S.Kunanlan yg tidak dapat disambut oleh Sharbinee Alawee.
sebenarnya ini adalah kesalahan Sharbinee sebab tak dapat nak sambut bola tue.
pada minit-minit akhir waktu sepakan sudut Negeri Sembilan.
bola dari Shahurain kepada Shukor Adan dihantar ke Hai-O.
goal yg cantik dari Hairuddin Omar.
syabas Hai-O sebab berjaya menjaringkan goal untuk 3 tahun berturut-turut.
tahun pertama untuk pasukan Negeri Sembilan.
tahun kedua untuk team Kelantan.
jarang ada pemain senior yang dapat menjaringkan goal sebegitu.
emm memang aku salute laa dengan cara dia main.
walaupun umur da 32 tahun tapi still semangat and dapat jaringan yang cantik.
lagi sekali syabas diucapkan untuk team Negeri Sembilan.
untuk team Terengganu cuba lagi tahun hadapan.
insyaallah ada lagi rezeki dan peluang untuk menang.




~Masa tidak pernah menunggu manusia~ so hargailah masa.... :)

No comments: